Ronaldo ledak 2 gol penalti pada penampilan ke-100

0
3

PENAMPILAN ke-100 Cristiano Ronaldo bersama Juventus disudahi dengan dua gol menerusi sepakan penalti, sekali gus membantu mengatasi Genoa 3-1 dan merapatkan jurang dengan pendahulu Serie A, AC Milan yang seri di laman sendiri.

Berbekalkan motivasi tinggi selepas membenam Barcelona 3-0 di Liga Juara-Juara minggu lalu, Juve membuka jaringan menerusi Paulo Dybala.

Memetik laporan AFP, Stefano Sturaro menyamakan kedudukan buat tuan rumah selepas sejam perlawanan.

Namun kekasaran Nicolo Rovella terhadap Juan Cuadrado membolehkan Ronaldo meledak penalti pertama selepas 78 minit manakala penalti kedua hadir seminit sebelum tamat apabila penjaga gol, Mattia Perin menjatuhkan Alvaro Morata.

Ronaldo, 35, kini menyertai pemain berusia 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic sebagai penjaring terbanyak Serie A dengan 10 gol dan keseluruhan 79 gol sejak dibeli Juventus pada 2018.

“Apakah ada yang lebih baik untuk meraikan perlawanan ke-100 saya bersama Juventus selain menjaringkan dua lagi gol buat pasukan?” kata Ronaldo menerusi Twitter sambil berazam untuk mencipta 100 gol buat juara bertahan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here