PENGERUSI Finas, Zakaria Abdul Hamid bersama 300 ahli pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN) menyertai Bersatu hari ini.
Menurut satu kenyataan, penyertaan Zakaria akan disusuli dengan penyertaan anggota PKN di seluruh Pahang yang dianggarkan 3,500 orang dalam tempoh terdekat ini.
Zakaria dan ahli organisasi PKN lain menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada timbalan ketua Bersatu Kuantan awal hari ini.
Zakaria segera dilantik menerajui biro kebajikan rakyat, kebudayaan dan kesenian Bersatu bahagian itu.
Beliau juga akan ditugaskan mengendalikan pemilihan Bersatu cawangan Medan Tok Sira.
Penggerak Komuniti Negara adalah organisasi berkaitan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Zakaria mengetuai organisasi berkenaan di Pahang.
Sebelum ini, Zakaria merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR namun dipecat daripada parti berkenaan pada November 2019. – Malaysiapost

