Budak 18 bulan terburai usus ditikam bapa kandung

0
2

SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris maut, apabila ususnya terburai akibat ditikam pada bahagian perut oleh bapa kandungnya dalam kejadian di tingkat 4, Flat Puchong Permai, Subang Jaya hari ini.

Difahamkan, suspek, 27, tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak menikam mangsa berusia 18 bulan pada jam 3.45 petang.

Sumber berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang kanak-kanak ditikam pada bahagian perut oleh bapanya pada jam 4.30 petang.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya memberkas suspek yang bekerja sebagai pemasang lapisan filem sebelum merampas pisau potong roti digunakan untuk menikam mangsa.

“Pengadu juga telah menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Serdang. Mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek tertekan selain dipercayai berada dalam pengaruh dadah.

“Mangsa tinggal bersama suspek, nenek dan datuknya selepas ibunya dipercayai menghilangkan diri sebaik dia dilahirkan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis akan menjalankan ujian air kencing terhadap suspek,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here