THE Rock boleh dikatakan antara bintang terbesar yang pernah dilahirkan oleh WWE. Malah beberapa pemerhati mengiktiraf beliau sebagai bintang WWE paling berpengaruh.
Namun pembabitan dalam WWE di peringkat awal, pada 90-an, The Rock jauh berbeza dari status yang beliau miliki sekarang.
Namun Dwayne Johnson kemudian menguatkan namanya dalam gusti profesional, dengan cepat menjadi salah seorang bintang utama kepada pemilik WWE, Vince McMahon, walaupun pada usia muda.
Salah seorang pengusti lagenda, Bret Hart menerusi Confessions Of The Hitman, baru-baru ini membuka cerita bagaimana The Rock kerap dibuli di belakang pentas oleh Triple H dan Shawn Michaels, yang merupakan dua bintang utama WWE ketika itu.
“Ramai ahli gusti akan memberikan mereka [pengusti baru] masa yang sukar pada masa itu, masa yang sangat sukar, cukup sukar untuk mencuba memecahkannya dan membuatkan mereka berhenti dan ada mereka hampir berjaya. [The Rock] adalah tipikal penggusti yang menjadi sasaran ketika itu.”
“Saya tidak tahu mengapa dia sukar untuk diterima oleh beberapa ahli gusti berbanding beberapa yang lain yang lebih teruk,” katanya.
Hart terus menerangkan momen di mana Shawan Michaels atau HBK ‘mengunyah’ The Rock di belakang pentas hanya kerana The Rock menggunakan drop kick dari top rope yang selalu digunakannya.
“Saya ingat Shawn Michaels masuk ke bilik persalinan dan merentap pakaian Dwayne, kasihan dia,” kata Hart seperti dipetik axello.net.
Hitman turut memaklumkan Shawn Michaels melarang The Rock melakukan salah satu signature move darinya iaitu top rope dropkick.
Sedangkan selama ini tiada isu untuk mana mana penggusti menggunakan gerakan yang digunakan penggusti lain.
“HBK memberitahu The Rock untuk tidak pernah melakukan dropkick dari tali seperti itu lagi — kerana itu adalah miliknya. Itulah sebab dia sangat marah. Dan kemudian, dia menghempas pintu dan dia berjalan keluar.
“The Rock ketika itu badannya masih ringan, manakala Shawn memiliki badan besar. Jadi The Rock meminta maaf dan mengatakan dia tidak tahu bahawa apa yang dia lakukan itu akan menjadi masalah. Dia ingat tidak ada apa apa isu yang timbul.”
Hitman juga menceritakan bahawa Tripple H pun suka membuli The Rock sama macam HBK.
“Triple H pun sama. Dia selalu pergi keluar untuk mendapatkan The Rock. Shawn keluar untuk mendapatkannya dan mereka akan terus mencari dan mencarinya.”
“Mungkin selepas setahun kemudian, The Rock mulai bertenang dan mula mencipta nama di WWE dan saya sangat gembira dia berjaya mengatasi tembok kecil daripada mereka yang bangsat ini.”
Hitman menyatakan penting untuk mengenang kembali semua yang berlaku sejak dulu. Namun banyak yang telah berubah dalam WWE.
Seterusnya, Triple H dan HBK juga telah berubah. Bukannya mereka yang dulu. Malah mereka sangat menjaga penggusti penggusti baharu pada hari ini.
Mereka sekarang sedang berusaha mencipta superstar nama besar seterusnya – bukannya menghancurkan mereka – sementara The Rock terus menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi Hollywood.
Malah Hitman menyatakan mereka sentiasa bersyukur kerana tidak pernah menghalang The Rock keluar daripada WWE untuk mengejar impiannya di Hollywood.-Malaysiapost

