Covid-19: Kes di Sabah dijangka naik esok

0
3

KES Covid-19 di Sabah dijangka meningkat esok susulan saringan besar-besaran di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal di Kota Kinabalu semalam dan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata keputusan saringan membabitkan warga asing yang ditahan di pusat tersebut dijadual diketahui esok.

“Sebab itu kita menjangkakan jumlah kes baharu di Kota Kinabalu akan meningkat,” katanya dalam kenyataan media perkembangan semasa Covid-19 Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

PTS Manggatal sebelum ini mencatat kes positif yang tinggi hingga mencetuskan Kluster Rumah Merah.

Sabah hari ini mencatat 274 kes Covid-19 dengan dua kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes sehingga kini ialah 31,534. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here