YouTuber disyaki cabul pelakon serah diri

0
3

POLIS menahan seorang lelaki yang juga YouTuber terkenal hari ini kerana disyaki mencabul wanita berusia 24 tahun, Ogos lalu.

YouTuber berusia 22 tahun yang mempunyai lebih 200,000 pengikut di platform perkongsian video itu menyerah diri hari ini susulan aduan dibuat terhadapnya.

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian selepas penggambaran drama YouTube, 1 Ogos lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa membuat Jumaat lalu, mendakwa dicabul dan suspek hari ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dan suspek berkenalan menerusi seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon drama diarahkan suspek.

“Selesai penggambaran itu, mangsa diajak untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

“Semasa mangsa berseorangan dalam bilik, suspek didakwa masuk lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang juga penerbit drama menawarkan bayaran RM600 kepada mangsa untuk berlakon drama berkenaan.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here