Siapa cuba serang Annuar Musa?

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

TAN Sri Annuar Musa mendakwa terdapat beberapa pihak dari partinya sendiri cuba menjatuhkannya.

Setiausaha Agung Barisan (BN) itu berkata, walaupun diserang beliau tidak mudah diprovokasi pihak berkenaan.

“Saya sedar ada gerakan sesama sendiri yang cuba menyerang saya. Saya tahu siapa mereka.

“Walaupun saya juga punya rekod ‘kaki lawan’, namun saya tidak mudah di provokasi. Pada saya, ada tugas yg harus saya pikul. Sebahagian besar darinya memerlukan saya membisu,” katanya menerusi Facebook, tengah malam tadi.

Annuar berkata, perkara paling penting ketika ini adalah memastikan kerusi Ketereh milik BN, selain terus menyempurnakan tugas yang dipikul.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pihak yang cuba menyerangnya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here