YWES bantu golongan terkesan Covid-19

0
3

YAYASAN Winner Emperor Sedunia (YWES) tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Pengasasnya, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee berkata, pihaknya mengambil inisiatif berkenaan kerana memahami keadaan semasa di mana ramai yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

Susulan itu katanya, pihaknya turun padang untuk mengagihkan 100 kampit beras kepada golongan memerlukan di sekitar Banting.

“Kita berhasrat untuk membantu mereka agar dapat meringankan bebanan selepas menghadapi Covid-19,” katanya selepas Majlis Live Liberation Day di Banting.

Dalam majlis sama, pihaknya melepaskan sejuta anak ikan keli ke Sungai Langat sebagai simbolik bagi mengharapkan agar wabak Covid-19 segera berakhir.

Tambah Soon Hee, pelepasan anak ikan keli berkenaan juga adalah usaha bagi memelihara eko sistem sungai di sini.

“Dalam kepercayaan kami juga, sejuta ikan dilepaskan juga bermaksud musibah dan kesusahan akan bebas seperti ikan keli bebas ke dalam sungai ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here