Akhbar New Sabah Times rancang henti operasi

0
2

NEW Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di Sabah sejak 1949, dijangka menghentikan operasinya akhir bulan ini.

Pengarah Urusannya, Felix Gusti yang mengesahkan rancangan itu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua petugas syarikat esok.

Katanya, satu kenyataan rasmi syarikat juga akan menyusul kemudian, lapor Bernama.

Beliau menjelaskan, kekurangan jualan akhbar dan pendapatan daripada pengiklanan sebagai antara sebab syarikat mengambil langkah berkenaan.

Sementara itu seorang petugas syarikat akhbar itu ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan syarikat sedang mengadakan perbincangan dengan petugas yang terkesan dengan langkah berkenaan.

“Pihak pengurusan memberi jaminan kebajikan petugas akan dijaga walau apa langkah diambil syarikat.

“Ada juga cadangan penutupan hanya membabitkan penerbitan akhbar dan fokus kepada dalam talian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here