Man United ucap selamat datang kepada Liga Europa

0
2

MANCHESTER United menjadi satu-satunya kelab Inggeris yang tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah setelah tewas 2-3 kepada kelab Jerman, RB Leipzig dalam saingan Kumpulan H awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer diturunkan pangkat untuk beraksi dalam saingan Liga Europa.

Leipzig mendahului 2-0 ketika perlawanan hanya berlangsung 13 minit menerusi jaringan pemain pinjaman dari Manchester City, Angelino dan Amadou Haidara.

Justin Kluivert, anak kepada legenda Belanda Patrick, mengukuhkan kedudukan Leipzig pada babak kedua menerusi gol ketiga di Red Bull Arena.

United bagaimanapun bangkit merapatkan jurang pada 10 minit terakhir hasil sepakan penalti Bruno Fernandes dan tandukan pemain gantian Paul Pogba.

Bagaimanapun ia sudah terlambat dan skuad The Red Devils sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan, di belakang Leipzig dan Paris Saint Germain (PSG). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here