Kerjasama kerajaan PN di Perak perlu diteruskan – Ahmad Maslan

0
3

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dalam Bersatu dan PAS agar sama-sama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Menurut beliau, surat rasmi itu dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, hari ini.

“Saya telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung Bersatu pada Selasa 8 Disember berhubung keputusan mesyuarat khas MT Umno malam semalam.

“Bahawa kerajaan PN yang terdiri daripada Adun Umno, PAS dan Bersatu di Perak perlu diteruskan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ahmad Maslan berkata, kedua pemimpin tersebut telah menjawab suratnya pada petang hari ini.

“Intipati jawapan surat Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung Bersatu ialah keputusan berhubung kerajaan PN di Perak akan dibincang dengan pimpinan parti mereka dengan segera.

“Saya optimis dan positif. Semoga PAS dan Bersatu akan bersama Umno di Perak. Diharap segalanya akan selesai dengan baik dalam sedikit masa lagi,” katanya lagi.

Kenyataan beliau merujuk kepada krisis politik yang sedang melanda kerajaan negeri Perak selepas Adun Umno tidak menyokong undi usul percaya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Susulan itu, Ahmad Faizal terpaksa akur untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Kerjasama kerajaan PN di Perak perlu diteruskan – Ahmad MaslanHanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak, sementara satu undi rosak atau berkecuali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here