[PARLIMEN] CADANGAN menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Tabung Haji masih diperhalusi oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Beliau berkata, jemaah menteri telah membincangkan cadangan itu pada 18 Ogos lalu susulan beberapa kontroversi yang masih belum dapat dirungkaikan oleh Tabung Haji.
“Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memperhalusinya dengan penuh teliti termasuk aspek perundangan dan pelaksanaan agar penubuhannya mencapai matlamat seperti yang diharapkan,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan bagi mewujudkan RCI berkenaan.
Zulkifli berkata, kerajaan amat memahami perlunya suatu badan bebas dan berautoriti untuk meneliti dan menilai transaksi yang dilakukan TH.
Isu Tabung Haji hangat diperkatakan tetapi masih belum nampak jalan untuk pihak kerajaan menyelesaikannya.
Sebelum ini, Umno konsisten mendesak penubuhan RCI itu, yang terbaru menerusi sayapnya Pemuda Umno Malaysia pada 27 November lalu. -Malaysiapost

