Kerajaan serius tangani masalah kemiskinan rakyat

0
2

[PARLIMEN] KERAJAAN serius menangani isu kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat yang semakin membimbangkan ketika ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi tumpuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menangani kemiskinan di bandar dan luar bandar menerusi agenda pembasmian kemiskinan dalam Pelan Pembanganan Negara.

Katanya, kerajaan melaksanakan usaha memulihkan ekonomi dan sosial merangkumi mengimbangi keperluan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat terutamanya yang dikategorikan sebagai miskin.

“Antara lain bantuan sosial seperti RM2.2 billion yang telah diperuntukkan untuk bantuan bulanan Persekutuan bagi 2021 berbanding RM1.5 billion tahun ini seperti bantuan pada OKU dan lain-lain kumpulan.

“Kerajaan juga meneruskan bantuan sara hidup yang memberi manfaat kepada 4.5 juta penerima dengan peruntukan RM5 billion pada tahun 2020,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Kira-kira 52 peratus daripada 101,385 individu di negara ini yang hilang pekerjaan setakat 3 Disember lalu kini beroleh pendapatan di bawah RM2,000 sebulan sekali gus menjadikan mereka miskin dan miskin tegar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here