Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian meninggal dunia

0
3

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Haikal Jalil menerusi hantaran di Facebooknya yang memaklumkan bapanya meninggal dunia 6.32 pagi tadi.

“Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, dimaklumkan bahawa ayahanda tercinta kami, Abd Jalil bin Ali telah kembali ke rahmatullah pada subuh tadi, jam 6:32 pagi.

“Mohon agar sahabat dan kenalan untuk sedekahkan al-fatihah dan doa buat Allahyarham,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menerusi ciapan di Twitter memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Abd Jalil juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Selain kolumnis di Sinar Harian, beliau adalah penulis buku terbitan anak syarikat Karangkraf.