[PARLIMEN] RAKYAT Sabah agak terkilan dengan Belanjawan 2021 berkaitan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri itu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin berkata, peruntukan pakej pembinaan Lebuh Raya itu tidak memadai dan menampakkan projek itu sukar untuk direalisasikan.
“Ini bukan realiti, ini ‘nightmare’. Hanya 25% untuk Pan Borneo di Sabah masa ini dan 60% di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya, hari ini.
Terdahulu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, ketika membahaskan perkara itu mendakwa jalan di Sabah yang diakui teruk bertambah teruk ketika pemerintahan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Bagaimanapun, Mamun Sulaiman (PH-Kalabakan) ingin bangun untuk menjawab dakwaan itu, Bung memintanya diam.
“You are a loser. Don’t talk too much ,” bidas bung pada Mamun.
Bagaimanapun keadaan tidak menjadi tegang kerana kebijaksanaan Speaker Dewan Rakyat mengawal suasana Dewan Rakyat dengan mententeramkan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut. -Malaysiapost

