Krisis Perak: Umno jangan lari dari keputusan dasar parti – Annuar

0
3

KRISIS politik di Perak memerlukan gambaran lebih jelas terutama dari ‘orang’ negeri itu sendiri, kata Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau berpendapat ada isu yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

“Saya percaya ada perkara yang tak dapat dibincang secara terbuka.Kita tunggu mesyuarat pelbagai peringkat parti.

“Pucuk pimpinan perlu bijak mengurus situasi.Jgn tergopoh gapah.Jgn lari dari keputusan dasar parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab pimpinan mengurus permuafakatan yg telah diabsahkan oleh Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

“Jangan acah untuk merombaknya. Ahli parti majoriti berdiam diri tapi mereka memerhati. Rakyat apatah lagi,” katanya.

Kemelut politik di Perak berlaku selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta bagi sembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu.

Ahmad Zahid menjelaskan, Umno dan BN tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di Perak, namun sebolehnya mahu mengekalkan Perikatan Nasional (PN).

Ia termasuk kerjasama dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) di Perak iaitu DAP, PKR dan Amanah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here