Umno, PAS adakan pertemuan segera bincang krisis Perak

0
3

UMNO dan PAS akan mengadakan pertemuan segera untuk membincangkan perkembangan politik terkini termasuk krisis Menteri Besar di Perak, kata Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pertemuan itu penting untuk menangani segala kekusutan berhubung isu berkenaan.

“Pemimpin Umno dan PAS di peringkat MN akan segera bertemu untuk sama-sama berbincang perkembangan politik semasa, termasuk isu Perak.

“Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan. Jangan mengharap untung secupak, tapi akhirnya rugi segantang,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Umno Perak mempunyai ramai pemimpin berpengalaman dan berwibawa untuk menyelesaikan kemelut yang ada.

“Kita yakin mereka mampu menangani isu melanda Umno negeri itu,”katanya.

Sementara itu, Annuar yang juga Setiausaha Agung BN usaha penyatuan Melayu dan MN adalah satu pemikiran luar kotak yang telah mengerah seluruh kekuatan pemikiran politik, sebelum menjayakannya.

Katanya, keputusan MN bersetuju membentuk Perikatan Nasional (PN) juga telah melalui proses yang sama.

“Kedua-duanya telah membuahkan hasil yang bukan kecil buat orang Melayu, umat Islam dan negara keseluruhannya. Kita tahu pihak musuh telah mengerah seluruh kekuatannya dari dalam dan luar untuk gagalkan permuafakatan ini.

“Jarum halus mencucuk sana sini termasuk di alam maya. Kini mereka menghidu kejayaan menjelang PRU15.

“Sebahagian dari kita keliru siapa teman siapa lawan, siapa zimmi siapa harbi, siapa sejati siapa munafik, yang mana kepentingan nasional, yang mana agenda peribadi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here