Istana sedia berperanan setelah calon MB dapat majoriti mudah

0
3

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bersedia apabila diyakinkan telah ada calon mendapat majoriti mudah untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baharu.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata baginda Sultan Perak mengambil maklum penjelasan daripada ketua-ketua parti politik di negeri itu berhubung perkembangan semasa.

“Peranan baginda hanyalah setelah diyakinkan bahawa calon yang akan dipersembahkan itu telah mendapat sokongan majoriti mudah,” katanya kepada media di Istana Kinta Ipoh sebentar tadi.

Mengenai majlis menghadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke atas Sultan Perak, Mohd Annuar berkata Presiden Umno itu mempersembahkan perkembangan terkini dari sudut parti berkenaan.

Beliau menjelaskan Ahmad Zahid juga merumuskan kata sepakat yang dicapai parti itu dalam mesyuarat perhubungan, malam tadi.

Beliau turut memaklumkan selepas Ahmad Zahid tiada lagi individu lain yang menghadap baginda hari ini.

Katanya, sebarang makluman perkembangan terkini dari Istana akan dimaklumkan kepada media kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here