Sokong MB Perak: Bersatu hargai Gerakan

0
2

BERSATU merakamkan ucapan terima kasih kasih kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kerana mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam yang mewakili Gerakan adalah seorang daripada dua Adun Bebas yang menyokong Menteri Besar.

“Berhubung kenyataan media dikeluarkan semalam, Bersatu ingin menjelaskan salah seorang daripada dua Adun bebas yang menyokong Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak adalah Adun Buntong, YB Sivasubramaniam yang mewakili Gerakan.

“Sehubungan itu, Bersatu turut merakam ucapan terima kasih kepada Gerakan kerana bersama mempertahankan kepimpinan YAB Menteri Besar Perak dalam pengundian usul tersebut,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan semalam, Hamzah berkata Bersatu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat Adun Bersatu, tiga Adun PAS, seorang Adun Umno dan dua Adun Bebas yang menyokong usul tersebut.

Bersatu dalam mesyuaratnya semalam menzahirkan perasaan kesal dengan apa yang berlaku dalam sidang DUN Perak sehingga Ahmad Faizal tewas dalam usul undi percaya.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak, manakala satu undi rosak atau berkecuali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here