UMNO berpendirian bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mestilah dikekalkan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata semua barison EXCO Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan.
“Umno juga berpendirian bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS harus bersama mendukung Kerajaan PN Negeri Perak.
“Undi percaya yang berlaku pada hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status
Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga ADUN Chenderiang kalah dalam usul undi percaya di Sidang DUN Perak pagi tadi.
Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.
Umno memiliki kerusi terbanyak dalam DUN Perak dengan 25 kerusi, diikuti DAP (16), Bersatu (6), Amanah (5) dan masing-masing tiga dimiliki PKR dan PAS, selain satu milik wakil bebas. -Malaysiapost

