Ingkar PKP: 412 ditahan, 403 dikompaun

0
2

Nurul Huda Abhar

POLIS menahan 412 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 403 individu telah dikompaun manakala 9 individu pula direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (135), aktiviti pusat hiburan (113), tidak memakai pelitup muka (64), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (27), dan lain-lain (14).

“Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 11 tekong serta merampas 1 bot/kapal dan 2 kenderaan darat.

“Sebanyak 296 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Beliau berkata, pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga melakukan 842 pemeriksaan khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Didapati 841 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 1 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP, ” ujarnya.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here