Saarani mungkin MB Perak atas sokongan PKR, DAP

0
2

PENGERUSI Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad mungkin dipilih menjadi Menteri Besar kerana mempunyai kelebihan sokongan PKR dan DAP.

Difahamkan, Saarani mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari Adun BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Bertentangan dengan khabar angin awal mengenai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, semua Adun BN memberi akuan bersumpah menyokong Saarani sebagai Menteri Besar Perak.

Sumber terbabit juga mendakwa kerajaan campuran yang dibentuk tidak ada membabitkan wakil DAP dalam kerajaan negeri, lapor Suara.TV.

Jika model ini berjaya, kemungkinan kerajaan Persekutuan juga akan mengalami transformasi yang sama.

Saarani merupakan Adun Kota Tampan dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here