Umno Perak belum bincang calon MB

0
3

Aiman Hanif

UMNO Perak masih mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ berhubung calon Menteri Besar Perak yang baharu selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamed, berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu perkembangan seterusnya.

“Belum ada apa yang boleh saya perkatakan termasuk soal calon Menteri Besar Perak,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Terdahulu Ahmad Faizal tewas dalam undi percaya yang dikemukakan di DUN Perak hari ini selepas mendapat sokongan daripada 10 Adun saja.

Usul dikemukakan Adun Pengkalan Baru, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Ahmad Faizal memerlukan sekurang-kurangnya 30 undi untuk kekal sebagai menteri besar.

Untuk rekod, Umno memiliki kerusi terbanyak dalam DUN Perak dengan 25 kerusi, diikuti DAP (16), Bersatu (6), Amanah (5) dan masing-masing tiga dimiliki PKR dan PAS, selain satu milik wakil bebas.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here