MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah petang ini.
Perkara tersebut telah disahkan oleh beberapa laporan media sebentar tadi
Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid juga akan menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.
Difahamkan, Mohamad Zahir akan menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang diputuskan DUN pagi tadi.
Sementara itu, sembah maklum tersebut dikatakan dijadual akan berlangsung jam 5 petang hari ini di Istana Kinta di Ipoh, Perak.
Turut dimaklumkan, sebarang kenyataan dari Istana Kinta hanya akan dimaklumkan kepada kepada media selepas selesai sesi menghadap Sultan Perak. – Malaysiapost

