Ahmad Faizal mahu ahli Bersatu berlapang dada

0
2

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan DUN Perak berhubung kedudukannya hari ini.

Beliau juga yakin Bersatu Perak akan kekal dan mengukuhkan hubungan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Saya berpandangan kerajaan PN ini ialah kerajaan yang baik diterima oleh rakyat dan momentum itu perlu dikekalkan.

“Saya kira apa yang berlaku di negeri Perak sebelum minggu ini segala urusan pentadbiran berjalan lancar.

“Namun, mungkin ada dalam kalangan kami yang bukan semata-mata melihat pentadbiran saya tidak baik kerana kami dalam waktu pentadbiran semuanya okay.

“Tetapi mungkin mereka merasakan mereka lebih layak untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perak,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu pagi tadi, beliau gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya yang dibentangkan dalam sidang DUN Perak. -Malaysiapost

Foto Kredit: Perak Today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here