KKM belanja 1.17 bilion tangani Covid-19

0
2

Fitri Nizam

[Parlimen] SEBANYAK RM1.17 bilion sudah dibelanjakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani pandemik Covid-19 sejak Mac hingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata angka itu merangkumi dana bernilai RM1 bilion diperuntukkan Kementerian Kewangan bagi menangani wabak itu.

Katanya, perbelanjaan itu digunakan untuk pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan pakai habis, kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen, test kit dan lain-lain perkhidmatan.

“Peruntukan ini digunakan untuk semua fasiliti KKM termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian.

“Sebahagian besar perbelanjaan ini membabitkan bayaran Elaun Khas Covid-19 kepada petugas barisan hadapan KKM bernilai RM275 juta dan penyumberan perkhidmatan makmal swasta bagi ujian saringan Covid-19 (RM210 juta) serta pembelian PPE (RM262 juta), reagen dan kit ujian.

“Jumlah ini tidak termasuk bayaran emolumen petugas kesihatan terlibat dalam rawatan, kawalan dan pencegahan wabak Covid-19 yang mana telah diperuntukkan di bawah peruntukan sedia ada KKM,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai jumlah perbelanjaan KKM dalam menangani pandemik Covid-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here