Belanjawan KPLB lulus melalui undi suara

0
3

[PARLIMEN] RANG Undang-Undang Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) peringkat jawatankuasa diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa bajet perbelanjaan pengurusan dan pembangunan KPLB diluluskan selepas lebih banyak suara bersetuju.

Sesi penggulungan dilakukan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad membabitkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM10,190,735,400.

KPLB adalah kementerian yang kedua diluluskan sidang Dewan Rakyat hari ini selepas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Ini adalah sesi perbahasan kementerian yang keempat diluluskan melalui undi suara selepas Kementerian Perpaduan, Kementerian Luar dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Sementara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diluluskan melalui undian belah bahagi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here