Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memecahbelahkan lagi orang Melayu melalui penubuhan parti baru.
Najib berkata, bekas pengerusi Bersatu itu sedar bahawa perpecahan orang Melayu semakin ketara jika parti baru ditubuhkan.
“Masalah dikenal pasti oleh Mahathir pada minggu lepas iaitu Malaysia tak stabil sebab terlalu banyak parti politik.
“Cara penyelesaiannya pula adalah Mahathir dijangka umum satu lagi parti politik baru petang ini,” sindir Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Terdahulu media melaporkan Dr Mahathir dijangka mengadakan sidang media penting petang ini, dipercayai bagi memaklumkan hala tuju politik beliau dan kumpulannya yang disingkirkan daripada Bersatu.
Ia di sebalik khabar angin beliau akan menubuhkan sebuah parti baharu.
Sidang media itu dijangka diadakan sama ada di Yayasan Al Bukhary atau sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu menetapkan hari ini bagi keputusan permohonan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain untuk membatalkan saman Dr Mahathir dan empat yang lain.
Empat plaintif yang lain ialah timbalan presiden parti yang dipertikaikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir; setiausaha agung yang dipertikaikan Datuk Marzuki Yahya; dipertikaikan Dr Maszlee Malik dan Datuk A
Dalam satu lagi hantaran, Najib berkata dengan penubuhan parti baru lagi akan mengakibatkan orang Melayu pening dan berpecahbelah.
“Buat apa nak pecahbelahkan lagi orang Melayu dan kasi Malaysia lebih tak stabil dengan menubuhkan satu lagi parti politik baru?
“Parti AAD (Apa Aku Dapat) dan DAP itu cuma beza satu huruf. Masuk saja parti DAP,” ujarnya

