Muhammad Mustakim Ramli
[PARLIMEN] “SAYA tak lambat,” kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata demikian selepas didakwa tidak menepati masa dan lewat dua minit masuk ke Dewan Rakyat.
Perkara itu dibangkitkan M Karupaiya (PH-Padang Serai).
“Speker boleh ka kita tepati masa? Hari ini dua minit sudah lambat… kita ini contoh kepada rakyat.. patut tepati ‘time’ lah.
“’Time’ betul ka atau kita yang tak betul tak tau lah. Terima kasih Yang Dipertua,” katanya.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan Azalina. -Malaysiapost

