Fitri Nizam
[PARLIMEN] DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.
Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi sokongan majoriti Ahli Parlimen, tanpa melalui proses undian belah bahagi.
Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dibuat oleh Timbalan Menteri, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Ketika pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Luar diperuntukan RM777.9 juta iaitu RM703.1 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM74.78 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
Selepas Kementerian Luar, dua lagi kementerian akan menggulung hari ini iaitu Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. – Malaysiapost

