Pak Wan sudah sembuh – Alif Satar

0
2

DATUK penyanyi, Alif Satar, Mohamad Che Noh disahkan sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat positif Covid-19.

Alif berkongsi berita gembira tersebut menerusi foto di Instagramnya, yang menunjukkan datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang memasuki kenderaan untuk pulang, di samping memuji kebesaran Allah.

“Itu Pak Wan saya, pesakit Covid-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah!

“Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar,” katanya.

Alif turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kesihatan datuknya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan tempoh hari.

“Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua,” tulisnya.

Alif kini masih lagi berada di Melaka dan menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.

Beberapa ahli keluarga Alif iaitu, ibu bapa, adik bongsu termasuk Pak Wan dirawat di hospital sama selepas disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here