Nilam Oshman
PENYANYI, Alif Satar nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, meluahkan perasaan terharu terhadap kebaikan jiran tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya.
Perkara tersebut dikongsi menerusi Instagramnya, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran.
“Alif sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin.
“Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan.
“Ini baru betul #KitaJagaKita,” katanya.
Alif menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu-individu berkenaan dan menghargai tindakan mereka yang disifatnya keperimanusiaan masih lagi ada.
“Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored.
“Ada hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu.
“Ini dia… contoh #KitaJagaKita.
“Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” katanya.
Isteri Alif, Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin lalu.-Malaysiapost


