
Nurul Huda Abhar
SERAMAI 577 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Daripada jumlah tersebut, seramai 522 individu telah dikompoun manakala 55 individu pula direman.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (215), aktiviti pusat hiburan (116), tidak memakai pelitup muka (113), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (71), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (9).
“Semalam, Operasi Benteng tekah berjaya menahan 49 Pentang Asing Tanpa Izin (PATI), dua penyeludup serta merampas empat kenderaan darat.
“Sebanyak 278 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail Sabri berkata, kerajaan mengambil tidakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki semapdan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasaan akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya Lorong-lorong tikus. -Malaysiapost
