Aguero dalam keadaan sukar selepas pemergian Maradona

0
2

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola memaklumkan Sergio Aguero sedang fokus untuk kembali beraksi walaupun baru kehilangan bekas bapa mertuanya, Diego Maradona.

Penjaring terbanyak Manchester City itu pernah mengahwini anak Maradona, GIannina dan mempunyai seorang anak lelaki bersamanya.

Seluruh Argentina kini masih meratapi pemergian legenda bola sepak mereka yang meninggal dunia pada usia 60 tahun itu.

Aguero yang bergelut dengan kecederaan lutut dan hamstring hanya melakukan empat penampilan musim ini.

“Saya lihat dia semakin baik. Impak daripada perlawanan Olympiakos cukup kuat.

“Dan sudah tentu ia amat sukar baginya. Dia amat mengenali Maradona yang juga datuk kepada anaknya.

“Ia situasi yang menyedihkan buat keluarganya, terutama anaknya tetapi dia dalam keadaan baik,” kata Guardiola menerusi laporan Agensi.

Kontrak pemain 32 tahun itu di Etihad akan tamat musim panas ini dan masih belum ada rundingan berkenaan masa depannya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here