Tangan Tuhan Maradona hantui Shilton

0
3

Peristiwa ‘Hand of God’, jaringan menggunakan tangan oleh Diego Maradona terus menghantui bekas Penjaga England, Peter Shilton.

Meskipun 34 tahun berlalu, aksi Maradona melompat tinggi sambil menolak masuk bola menggunakan tangan sentiasa diingati Shilton yang menyifatkan ketua pasukan Argentina itu tiada semangat kesukanan.

Shilton masih terkilan dengan insiden tersebut kerana Maradona sebelum ini pernah mendedahkan dia sengaja berbuat demikian, namun tidak pernah meminta maaf kepada barisan pemain Piala Dunia 1986 England.

“Maradona seorang yang sangat hebat, banyak kebaikan dalam dirinya tetapi sayangnya kurang semangat kesukanan. Kebanyakan pemain dalam skuad England yang beraksi di Mexico merasakan perkara sama.

“Saya tidak kisah apa orang kata kerana gol pertama Maradona itu telah memberikan kemenangan kepada Argentina. Saya mengakui peristiwa itu telah menghantui kehidupan saya untuk tempoh lama,” kata Shilton kepada Agensi.

Cabaran England berakhir di suku akhir Piala Dunia 1986 selepas tewas 1-2 kepada Argentina hasil dua jaringan Maradona, manakala gol tunggal England oleh Gary Lineker.

Maradona sentiasa diingati dan diiktiraf sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah, mengetuai Argentina menjulang Piala Dunia 1986, dengan mempamerkan permainan luar biasa

Maradona meninggal dunia pada malam Rabu di rumahnya di Buenos Aires pada usia 60 tahun.

“Kadang-kadang pemain melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Saya harap ia tidak akan mencemarkan legasi yang ditinggalkan Maradona,” kata Shilton. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here