KERANDA bintang bola sepak, Diego Maradona yang dilitupi bendera Argentina menuju ke tanah perkuburan diiringi ribuan peminatnya hari ini.
Ribuan peminatnya memberi penghormatan terakhir bermula awal pagi tadi.
Perarakan membawa keranda, bergerak pantas meninggalkan Istana Presiden di tengah ibu negara tersebut dengan kawalan polis trafik.
Upacara pengebumian dilakukan secepat mungkin oleh keluarga Maradona selepas beberapa peminat bertindak ganas sehingga berlaku pergaduhan dengan pihak polis.
Maradona dikebumikan di perkuburan Jardin Bella Vista di pinggir Buenos Aires dan upacara yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
Pemain bola sepak legenda itu meninggal dunia pada malam Rabu akibat serangan jantung, kurang sebulan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan di kepala. – Malaysiapost

