STADIUM San Paolo akan dinamakan bersempena dengan nama mendiang Diego Maradona, kata Datuk Bandar Naples, Luigi De Magistris.
Memetik laporan Agensi, Maradona mengejutkan dunia selepas disahkan meninggal dunia pada usia 60 tahun malam tadi akibat serangan jantung.
Sebelum itu, legenda Argentina itu mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk menjadi pembedahan otak bagi membuang darah beku.
Pemergian Maradona diratapi seluruh dunia termasuk di Argentina dan Napoli yang pernah disertainya pada 1984-1991 selaku pemain.
De Magistris menggesa penduduk bandar itu untuk memberi penghormatan kepada Maradona yang disifatkan sebagai ‘anak angkat’ kesayangan bandar itu.
“Kami akan menamakan Stadium San Paolo bersempena dengan nama Diego Armando Maradona.
“Diego Armando Maradona, pemain terhebat sepanjang zaman sudah meninggal dunia dan dia menjadikan Naples berjaya menggapai impian sebelum ini,” katanya di Twitter. -Malaysiapost

