70 peratus rakyat dijangka terima vaksin Covid-19

0
2

Fitri Nizam

KERAJAAN menyasarkan 70 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin Covid-19 pada suku pertama 2021.

Tumpuan juga akan diberi kepada golongan dewasa untuk negara mencapai imuniti kelompok, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Katanya, apabila imuniti kelompok berjaya dicapai, individu yang tidak menerima vaksin sukar mendapat jangkitan Covid-19.

“Akan ada mereka yang tidak akan dapat divaksin kerana kebanyakan vaksin Covid-19 yang dibangunkan ini belum lagi diuji kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, jadi mereka sudah pasti tidak dapat menerima vaksin yang pertama tahun depan.

“Jadi ini mungkin peratusan yang tidak akan mendapat vaksin, kita akan tumpukan kepada dewasa untuk kita mencapai tahap imuniti kelompok,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here