Alif risau datuk berusia 91 tahun sah positif Covid-19

0
3

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Alif Satar, Alif Satar mengakui amat tersentuh hati apabila datuknya, Mohamad Che Noh disahkan positif Covid-19.

Lebih meresahkan, Alif, 29, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya memberitahu kedua ibu bapa dan adik bongsunya turut sama disahkan positif Covid-19.

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Alif minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan Alif terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa.

“Semoga Allah merahmati kalian semua,” ujar Alif yang turut memuat naik paparan skrin panggilan video dengan datuknya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Menurut Alif, keempat-empat ahli keluarganya dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat positif Covid-19.

Dalam pada itu, Alif mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warga barisan hadapan hospital tersebut yang menjaga ahli keluarganya dan pesakit Covid-19 lain dengan baik.

“Anda semua telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya sambil mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua kerana mendoakan keluarganya.

“Allah SWT makbulkan doa anda semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak saya bebas dari Covid-19 dan akan terus menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Saya menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. Saya baca dan nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa semua.

“Terima kasih atas semua yang sudah anda lakukan untuk saya sekeluarga. Saya berdoa semoga Allah SWT juga mengabulkan doa untuk anda dan keluarga juga. Insya-Allah,” katanya.

Ahad lalu, Alif telah mengumumkan dirinya disahkan positif Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here