Covid-19: 4 lagi kluster baru dikenal pasti

0
2

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti empat lagi kluster baharu Covid-19 hari ini, membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Johor.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu adalah Kluster Bintang melibatkan pekerja di sebuah tapak pembinaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 95 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu dengan 94 kes bukan warganegara dan satu kes warganegara.

“Bagi Kluster Indah Mas pula melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor, dengan 10 kes dikesan positif Covid-19.

“Kluster Teja Kasih dikesan di daerah Kapar dan Kinta di Perak, di mana 41 kes telah positif Covid -19, dan Kluster Kobena di daerah Johor Bahru, dengan 13 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster yang tamat hari ini, iaitu Kluster Jambul, Kluster Surat, dan Kluster Hampar menjadikan keseluruhan kluster tamat sebanyak 166.

Kata beliau, sehingga kini, terdapat 334 kluster dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 168.

“Daripada jumlah itu, 46 kluster melaporkan pertambahan kes, dengan tertinggi ialah dari kluster berkaitan dengan tempat kerja, iaitu Kluster Teratai sebanyak 1,067 kes, Kluster Damanlela (105 kes) dan Kluster Bintang (75 kes),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here