Doakan yang baik-baik, henti salahkan Alif

0
3

Nilam Oshman

PENGARAH, Shahrulezad Mohameddin mempertahankan penyanyi, Alif Satar daripada terus dikecam dan dipersalahkan orang ramai selepas penyanyi itu disahkan positif Covid-19.

Menurut Shahrulezad, Alif sendiri tidak menjangka dirinya dijangkiti virus Covid-19 dan meminta semua pihak berhenti menyalahkannya kerana ia adalah suratan takdir.

“(Berita) katanya Aliff bertemu dengan saudaranya sendiri pada Selasa lalu yang tak ada kena-mengena dengan mereka yang terlibat dengan program Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) tempoh hari.

“Selepas bertemu Aliff ‘resume his normal activity shooting’ , rehearsal SFMM macam biasa tanpa dia sedar saudara dia sendiri rupanya positif Covid-19 (si empunya diri pun tak sedar). Aliff baru tahu dirinya adalah kontak rapat semalam.

“Itupun setelah saudaranya sendiri yang bagitahu setelah saudaranya didapati Covid-19. Lalu Aliff mengambil langkah pantas membuat swab test.

“Malang sekali keputusannya positif. Secara automatik semua orang yang telah Alif jumpa sejak Selasa lalu adalah berpotensi menjadi ‘closed contact’ beliau termasuklah keluarga, rakan rakan industri dan mereka yang terbabit dengan SFMM.

“Salah Aliff kah? Bukan! Salah keluarga atau saudara yang menjadi punca dia dijangkiti Covid-19 ker? Pun bukan. Semua adalah Takdir Yang Tertulis.

“Jadi sudah sudahlah kita nak menyalahkan itu ini pada Aliff atau orang di sekeliling yang terkena sama. Sudah semestinya bukan ini yg kita nak. Virus Covid-19 ni kita bukannya boleh nampak di mata kasar kita.

“Virus ini dah berada di sekeliling kita di mana mana. Dia dah macam selsema dan denggi. Kalau di takdir nak terkena. Tetap akan terkena. Kita doakan saja baik baik sesama kita okie,” katanya menerusi Facebooknya semalam.

Dalam masa sama, pengarah Nur Kasih itu berkata, beliau turut berasa risau untuk melakukan kegiatan luar, namun dari aspek pekerjaannya, dia wajib meneruskan pengambaran bagi mencari rezeki.

“Abam (Shahrulezad) ‘nervous’ sangat sangat ni. Abam sendiri sebenarnya berpotensi tinggi akan terkena ‘nauzubillah’ kerana nature kerja abam yg macam mana.

“Kau jagalah SOP (prosedur operasi standard) macam mana sekali pun tapi kalau dah terpaksa ‘cramp’ sampai 20 orang dalam satu lokasi yang sempit macam rumah flat PPRT risiko Covid-19 ada di situ walaupun abam turun set pakai PPE suit sekalipun.

“Berapa dah frontliner yg pakai PPE suit yang dah terkena. Bukannya tak ada kes. So abang kena berbanyakkan bertawakal dan berdoa.

“Di hujung hari segala galanya bergantung dan bertawakal lah kita pada Allah,” katanya.

Bahkan, beliau juga berniat untuk menghentikan pengambaran tetapi memikirkan orang lain yang bekerja bersamanya, dia teruskan jua.

“Ikutkan hati abang nak ‘shutdown’ lagi sebab ‘my people are start to paranoid’ back. Even me.

“Tapi rezeki harus dicari kerana ramai kru dan artis abam yang dah berkeluarga. Lagipun abam dah terikat dengan kontrak dengan TV yg drama abam kena disiapkan pada sekian sekian hari bulan.

“Selagi Finas atau kerajaan tak ‘announce’ kan PKPD selagi itulah abam dengan team mengagah dan memberanikan turun keluar mencari rezeki walaupun risiko di luar sana sangat membimbangkan. Buat mereka di luar sana yg suka mencaci maki orang seperti kami.

“Semoga kalian lebih memahami dan mempunyai empati. Bukan kah mendoakan yang baik baik pada org lain tu adalah ladang pahala untuk kalian juga,” katanya.

Semalam, Alif yang membuat persembahan SFMM 35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada Jumaat lalu disahkan positif jangkitan Covid-19.

Alif berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif Covid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here