Gaji Menteri, Timbalan sudah dipotong 2 bulan

0
4

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] KERAJAAN sudah memotong gaji Menteri dengan Timbalan Menteri selama dua bulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Mohd Redzuan (Bersatu-Alor Gajah) berkata, Menteri dan Timbalan Menteri sudah dua bulan tidak mengambil gaji iaitu bersamaan 25 peratus secara tahunan.

“Sebelum ini Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), Pandan ( Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Jerlun (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) mencadangkan potong gaji Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 hingga 30 peratus.

“Kerajaan Perikatan Nasional sudah pun melakukannya dengan tidak mengambil gaji selama dua bulan iaitu bersamaan 25 peratus potongan untuk setahun,” katanya ketika berbahas di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka dengan isu berkenaan dan melaksanakannya demi rakyat.

Sebelum ini, iaitu ketika Covid-19 melanda negara, Kabinet memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan Mac lalu berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

“Langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19,” kata kenyataan itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here