Covid-19: Inisiatif Prihatin Sukan bantu sektor sukan yang terjejas

0
4

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] PEMBATALAN aksi sukan terutama bola sepak adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata Kementerian Belia Sukan (KBS) sentiasa meminta pandangan KKM dan MKN sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Seperti kita tahu perlawanan liga serta Piala Malaysia sudah kita batalkan kerana wabak Covid-19.

“Bagaimanapun kita akan membantu industri sukan seperti sebelum ini melalui Inisiatif Prihatin Sukan, di mana kita membantu semua operator sukan yang terjejas kerana Covid-19,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan M Prabakaran (PH-Batu) mengenai keputusan kerajaan membatalkan aksi bola sepak sedangkan di luar negara perlawanan bola sepak masih dibenarkan.

Sebelum ini, media melaporkan KBS melalui Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merical mengumumkan Inisiatif Prihatin Sukan 2020 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Inisiatif terbabit adalah bagi membantu meringankan impak ekonomi dan kewangan persatuan sukan yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Bantuan berkenaan dibahagikan kepada tiga jenis bantuan membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta iaitu bantuan yang terbesar, RM3 juta dan RM2 juta. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here