Annuar mulakan tindakan undang-undang ke atas Kok Wai, Malaysiakini

0
2

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memulakan tindakan undang-undang ke atas Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berhubung tuduhan kononnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terbabit dengan transaksi penjualan 42 plot tanah hingga mencetuskan kekeliruan dan kritikan dalam kalangan masyarakat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Annuar memaklumkan peguam Tetuan Sharul Hamdi dan Haziq telah menyerahkan notis kepada Ahli Parlimen DAP itu, hari ini.

“Notis berbentuk Letter Of Demand itu juga dihantar kepada Malaysiakini dan Ketua Pengarangnya bersabit fitnah penjualan tanah DBKL.

“Saya menghormati semua mereka, namun memandangkan fitnah ini amat besar kesannya kepada saya, keluarga, KWP, DBKL dan kerajaan, saya tiada pilihan melainkan tindakan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Kok Wai menerusi sebuah portal berita dalam talian mendakwa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan melibatkan projek perumahan dan campuran komersial.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here