Cadangan pemotongan 10 peratus elaun MP, salur ke Tabung Covid-19

0
3

[PARLIMEN] KERAJAAN dicadangkan untuk melaksanakan potongan elaun semua Ahli Parlimen sebanyak 10 peratus untuk disalurkan dalam Tabung Covid-19 bagi membantu kerajaan memerangi wabak tersebut.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, potongan elaun tersebut adalah sebagai simbolik komitmen dan keikhlasan pemimpin rakyat untuk turut sama menyumbang ketika negara masih berusaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Dalam masa yang sama saya minta ahli Parlimen, demi keikhlasan kita kepada rakyat, mariah kita bersetuju untuk potong elaun kita sebanyak 10 peratus untuk membantu tabung Covid-19.

“Kalau setuju kita potong 10 peratus dan saya sendiri mencadangkan saya dipotong 20 peratus,” katanya ketika sesi bahas di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa cadangan yang sama mahukan pemotongan gaji dan elaun pemimpin politik termasuk bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad dan terbaharu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Mengulas lanjut, Shahidan turut bersetuju dengan cadangan penubuhan kembali Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), yang menerima peruntukkan RM85 juta ketika pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Katanya, beliau berharap agar insiatif dari pihak kerajaan dalam penyaluran peruntukkan boleh membantu bekas kakitangan Jasa yang telah diberhentikan tugas selepas pembubarannya semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jasa bukan permainan kata-kata ia diwujudkan berdasarkan keperluan…mana-mana kerajaan, pemerintah pemerintahan boleh gunakan Jasa untuk menyampaikan berita yang benar,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau juga menyeru semua Ahli Parlimen agar bersatu menyokong Belanjawan 2021.

Katanya, mana-mana pihak yang menolak Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan boleh digambarkan sebagai pengkhianat kepada rakyat semasa negara masih berdepan situasi sukar ketika ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here