Jodoh Mat Yo dengan kelab Thailand berakhir?

0
2

KONTRAK Norshahrul Idalan Talaha bersama kelab BG Pathum United dijangka berakhir Disember nanti selepas media Thailand mendedahkan kelab itu tidak menyambung khidmat pemain itu.

Artikel dari Goal.com itu menyebut Norshahrul atau Mat Yo masih belum berjaya merekodkan sebarang jaringan bersama BG Pathum United.

Mat Yo menyertai kelab negara jiran itu pada awal musim 2020 dan telah tampil dalam lima perlawanan serta memiliki hampir 200 minit permainan.

Namun, bekas pemain Pahang itu dalam satu komen di Instagram beliau seperti masih belum mahu memberikan pengesahan mengenai perkara itu, sebaliknya dilihat terus fokus kepada sesi bersama pasukan.

BG Pathum United yang kini pendahulu saingan Thai League 1 sebelum ini dilaporkan telah mendapatkan dua penyerang lain iaitu Diogo Luis Santo dari JDT dan Teerasil Dangda dari Shimizu S Pulse. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here