PERIKATAN Nasional (PN) Perak akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman, kelmarin.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata perkara itu akan dibincangkan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS dalam masa terdekat.
“Kami perlu mencapai konsensus sebelum membuat sebarang keputusan dan Bersatu akan sentiasa bekerjasama dengan UMNO dan PAS,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Hasbullah meninggal dunia di Raub, Pahang, kelmarin selepas tidak sedarkan diri susulan serangan jantung ketika berada dalam kereta ketika berada di kampung isterinya di Raub, kira-kira jam 6.30 petang. -Malaysiapost
Foto Kredit: Orang Perak

