Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Gerik

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

DEWAN Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik, Perak berikutan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan diterima.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi parlimen kawasan P.054 Gerik, Perak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan itu.

Hasbullah meninggal dunia di Raub, Pahang, kelmarin selepas tidak sedarkan diri susulan serangan jantung ketika berada dalam kereta ketika berada di kampung isterinya di Raub, kira-kira jam 6.30 petang. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here