Ini bukan i-Sinar tapi i-Sedih, i-Marah

0
2

Fitri Nizam

BUKAN mereka yang diberhentikan kerja atau ditagguhkan bayaran gaji sahaja memerlukan bantuan kewangan, kata Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan.

Beliau berkata, sayap Umno itu menerima banyak aduan daripada rakyat yang mengatakan gaji mereka dipotong sehingga 50 peratus dan semakin tersepit dengan situasi krisis ketika ini.

“Adakah mereka perlu minta majikan berhentikan kerja hanya untuk layak keluarkan KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) sendiri?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengapa terlalu banyak karenah birokrasi hingga menyusahkan pencarum untuk keluarkan simpanan sendiri di saat getir hari ini.

“Sepatutnya pihak KWSP buka permohonan kepada semua pencarum yang memerlukan pengeluaran secara sukarela.

“Ramai yang kecewa dengan pengumuman terkini KWSP, ramai yang sebut, ini bukan i-Sinar tapi i-Sedih, i-Marah dan macam macam lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here