Pelakon Mustaqim Bahadon kena kompaun RM1,000 tak pakai ‘mask’

0
2

PELAKON Mustaqim Bahadon akur dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Menurut Mustaqim, 35, ketika kejadian berkenaan, dia berada di depan kedai gunting rambut miliknya apabila didakwa oleh pihak berkuasa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Dalam kejadian dalam jam 5 petang itu, saya berada beberapa langkah dari depan kedai untuk menghisap vape (rokok elektronik).

“Saya tak nak hisap di dalam sebab ada pelanggan. Saya pun gantung ‘face mask’ di beg pinggang.

“Tidak sampai seminit, empat anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang menghampiri saya dan minta kad pengenalan.

“Mereka terus keluarkan saman. Saya bertanya atas kesalahan apa dan diberitahu saya tidak memakai pelitup muka di kawasan awam,” katanya.

Mustaqim turut menjelaskan sebab dia membuka pelitup muka namun seperti dimaklumkan ia tetap kesalahan dan melanggar SOP kerana dirinya berada di tempat awam.

“Mereka kata salah tetap salah. Jadi, saya pun mengakui salah dan berjanji tidak mengulangi lagi,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan khususnya di tempat awam.

“Walaupun saya tanggalkan sekejap, ia tetap satu kesalahan. Saya tidak mahu salahkan pihak berkuasa. Mungkin nasib saya tak baik tertangkap walaupun selama ini ikut SOP.

“Saya nak ingatkan kepada semua supaya jangan ambil mudah perkara ini sebab mungkin selama ini kita fikir tak salah walaupun anda berseorangan anda wajib pakai mask. Jangan jadi macam saya. Terkono RM1,000,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here